Wednesday, March 23, 2016

Sultan Johor Haram Vape, Arah Tutup Premis Mulai 1 Januari 2016


JOHOR BARU: Sultan Johor mengharamkan penggunaan vape di seluruh negeri itu dan memberi tempoh sebulan kepada pengusaha premis peranti berkenaan untuk menamatkan operasi.
"Saya mahu premis vap ditutup pada 1 Januari 2016 dan saya tidak mahu dengar sebarang alasan.
"Ia ada kaitan dengan isu kesihatan dan kesannya kepada golongan muda, bukan melibatkan perniagaan atau perkauman.

"Saya benar-benar kecewa apabila ada pihak menimbulkan isu ancaman perkauman dan politik melibatkan vape," titah baginda menerusi temubual khas baru-baru ini.
Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskkandar bertitah, negeri mempunyai hak untuk menguatkuasa undang-undang mengikut peruntukan kerajaan tempatan bagi menutup perniagaan pengusaha vape.

Baginda juga mengarahkan supaya kerajaan negeri bersidang minggu depan untuk merangka perancangan untuk memudahkan proses itu.
Titah baginda lagi, ahli politik juga seharusnya berhenti memenuhi kehendak ahli perniagaan yang terlibat dalam industri vape ini.

"Kenapa ada ahli politik yang mengalah terhadap ancaman ini? Saya mahu tahu jika ahli perniagaan ini membenarkan anak-anak mereka untuk menggunakan vape jika ia benar-benar selamat dan tidak mengganggu kesihatan seperti yang didakwa.

"Apakah kamu mahu melihat anak-anak terus menggunakannya."Ia perniagaan baharu tetapi apa pula bentuk perniagaan yang mereka lakukan sebelum ini? Berpatah balik kepada pekerjaan anda sebelum ini," katanya.

Awal bulan ini, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Industri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan Kementerian Kesihatan menguatkuasakan penjualan vape yang perisannya mengandungi nikotin boleh membunuh industri yang dikuasai peniaga Melayu.

Menteri berkenaan juga memberi maklumbalas berkenaan susulan laporan polis yang dibuat sekumpulan peniaga Bumiputera mengenai tindakan penguatkuasaan terhadap industri vape boleh mengakibatkan sokongan terhadap Barisan Nasional menurun pada pilihan raya umum akan datang.

Sultan Johor bertitah, kesan jangka panjang kesihatan kerana penggunaan vape di mana pembayar cukai perlu menanggung untuk membiayai rawatan. Beliau bertitah lagi, pengharaman vape di negeri itu meliputi penjualan produk berkaitan peranti itu.

"Adalah jelas mengikut undang-undang, premis vape tidak boleh menjual nikotin, jadi kenapa perlu menutup sebelah mata dan mengetepikan undang-undang?
"Jika kita biarkan ia berlaku, akan ada golongan muda yang ketagih untuk menggunakannya," titah baginda.

Sultan Johor juga memberi amaran kepada mana-mana pihak yang tidak mematuhi undang-undang pada 1 Januari depan akan dikenakan tindakan.

Majlis Fatwa Kebangsaan haramkan penggunaan vape dan rokok elektronik


 
Semua ahli muzakarah bersetuju dengan memberi pandangan hukum bahawa penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram



SEPANG: Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan hukum penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin pada sidang media selepas Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia di sini malam ini.

Beliau berkata semua ahli muzakarah bersetuju dengan memberi pandangan hukum bahawa penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram. Katanya keputusan itu dibuat setelah membuat pertimbangan daripada semua sudut termasuk syariah, perubatan dan saintifik serta unsur pembaziran dan budaya tidak sihat.

"Dua kertas kerja turut dibentangkan pada malam ini, dari sudut kesihatan dan syariah," katanya.

Muzakarah itu turut dihadiri mufti, timbalan mufti negeri-negeri dan ahli-ahli yang dilantik Majlis Raja-raja. Abdul Shukor berkata kajian dari sudut kesihatan turut diambil kira hasil maklumat yang diperoleh daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia yang melakukan pengumpulan maklumat mengenai kesan penggunaan bahan itu di seluruh dunia.

"Malah pakar kesihatan juga mendapati vape dan rokok elektronik tidak dapat membantu perokok dan perokok tegar untuk berhenti merokok," katanya.

Abdul Shukor berkata penggunaan vape dan rokok elektronik diharamkan berdasarkan Qaedah Saad al-Zarala iaitu menutup keburukan lebih besar dan lebih bahaya yang mungkin berlaku pada masa hadapan. Beliau berkata penggunaan rokok elektronik dan vape boleh diibaratkan seperti menghisap rokok konvesional, yang mengandungi pelbagai bahan beracun.

"Pihak berkuasa atau pemerintah boleh membuat keputusan pengharaman vape jika ada kepentingan umum dan kebaikan. "Keputusan pada malam ini juga adalah selari dengan pendapat di beberapa negara Islam lain termasuk Bahrain, Kuwait, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu," katanya sambil menambah penggunaan rokok elektronik dan vape turut diharamkan di beberapa negara bukan Islam.

Sejajar dengan keputusan yang dibuat, Abdul Shukor turut mengesyorkan negeri-negeri lain mengikuti keputusan yang dibuat Majlis Fatwa Kebangsaan itu.

"Malah ada pihak berkuasa di beberapa negeri lebih awal membuat keputusan pengharaman penggunaan bahan itu termasuk Johor, Kedah, Kelantan, Wilayah Persekutuan dan Perak," katanya.


Sumber Asal : Astro Awani

Thursday, September 25, 2014

Harga rokok turun RM1 mulai 22 Sept 2014


Harga Rokok Turun Bermula 22 September 2014. Mungkin ramai perokok tegar sedia maklum bahawa harga rokok yang dinaikkan RM 1:00 bermula 8 September 2014 kini telah diturunkan pada harga asal iaitu harga sebelum 8 September 2014. Rokok berjenama seperti Dunhill, Kent, Benson & Hedges, Lucky Strikes, Pall Mall, Rothmans dan Peter Stuyvesant kini telah diturunkan harga bermula 22 September 2014.



Surat perkeliling tentang penurunan harga rokok tersebut telah diedarkan di premis-premis atau peniaga yang berlesen. Harga Rokok Turun Bermula 22 September 2014 Menurut kenyataan Malaysian British Tobacco, penurunan harga rokok ini adalah untuk memastikan syarikat ini dapat kekal dan terus bersaing secara sihat dengan jenama rokok yang lain yang ada di pasaran.

Berikut adalah harga terbaru rokok yang diturunkan bermula 22 September 2014.

Dunhill = RM 12:00
Kent = RM 12:00
Benson & Hedges = RM 12:00
Lucky Strikes Plain = RM 12.50
Pall Mall = RM 10.50
Rothmans International = RM 12.50
Peter Stuyvesant = RM 10.50

Harga rokok terbaru ini berkuatkuasa serta merta bermula pada hari Isnin 22 September 2014.

Saturday, September 7, 2013

4.7 Juta perokok di Malaysia

KUALA LUMPUR - Statistik terbaharu mengenai ketagihan merokok di negara ini begitu menggerunkan apabila jumlah perokok meningkat kepada 4.7 juta orang pada tahun lalu berbanding 3.1 juta orang pada 2007.

Peningkatan mendadak jumlah perokok dalam tempoh kira-kira lima tahun itu berlaku disebabkan fenomena lambakan rokok seludup pelbagai jenama yang dijual pada harga sangat rendah di pasaran.
Purata perokok di Malaysia membelanjakan sebanyak RM178.80 sebulan untuk membeli rokok.

Kementerian tunggu bukti saintifik sebelum haramkan sisha, rokok elektronik

SEREMBAN: Kementerian Kesihatan sedang mengumpul lebih banyak bukti saintifik sebelum mengambil keputusan untuk mengharamkan atau mengadakan peraturan tentang sisha dan rokok elektronik.

Menteri berkenaan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata sebuah jawatankuasa teknikal yang dipengerusikan pengarah Institut Perubatan Respiratori Datuk Dr Abdul Razak Muttalif akan membuat kajian tentang kesan dua produk itu terhadap kesihatan, sebelum mengambil tindakan lanjut mengenainya.

"Mengenai sisha, bukti menunjukkan ia berbahaya, mungkin lebih bahaya daripada merokok.

"Oleh itu, langkah awal kami ialah mengklasifikasikan sisha sebagai produk berasaskan tembakau. Semua undang-undang dan peraturan berkaitan penggunaan tembakau mungkin akan terpakai terhadapnya (sisha)," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri majlis konvokesyen Kolej Tafe di sini hari ini.

Dr Subramaniam berkata bagi rokok elektronik pula, ada pihak berpendapat produk itu kurang berbahaya daripada rokok dan boleh dijadikan langkah perantaraan untuk mengurangkan tabiat merokok.

Bagaimanapun, kata beliau, ada pula pihak yang mendakwa rokok elektronik boleh disalahguna dan oleh itu perlu diharamkan atau dikenakan peraturan.

"Oleh itu, kami akan buat keputusan berdasarkan bukti yang dikumpul jawatankuasa teknikal ini, sama ada hendak mengadakan peraturan mengenainya (sisha dan rokok elektronik) atau mengharamkannya terus," kata beliau.

Ada udang disembalik batu larangan pengharaman rokok elektronik?

Pada 18 Jun lalu, akhbar menyiarkan laporan 'Produk mengandungi nikotin dikawal sebagai ubat'.

Dalam laporan tersebut ada dinyatakan United Kingdom (UK) akan mengkategorikan semua rokok elektronik sebagai ubat.

Ini kerana pengguna rokok elektronik tidak menyedut tar, karbon monoksida dan karsinogen yang biasa terdapat dalam rokok konvensional.

Malangnya di Malaysia, adalah menjadi satu kesalahan untuk menjual rokok elektronik di bawah Akta Racun, jadi kita semua sudah sedia maklum perkara ini.

Namun apa yang sangat mengelirukan, rokok yang mengandungi asap, tar, karsinogen dan karbon monoksida tidak pula dilarang, sebaliknya rokok elektronik yang tidak mengandungi mana-mana bahan berbahaya tadi dilarang.

Faktanya, rokok elektronik mengandungi nikotin, tetapi pengguna boleh memilih kandungan nikotin dalam rokok elektronik mereka. Sesetengahnya mengandungi 12mg nikotin, 9mg, 6mg dan pengguna turut boleh memilih rokok elektronik yang langsung tidak mengandungi nikotin.

Penggunaan nikotin dalam rokok elektronik adalah sama dengan penggunaan pelekat nikotin dalam rawatan berhenti merokok sehinggakan campuran cecair yang digunakan untuk menghasilkan wap dalam rokok elektronik seperti propylene glycol dan gliserin sayuran sudahpun digunakan dalam produk makanan, ubat gigi dan alat sedut asma.

Perkara yang baik tentang rokok elektronik adalah ianya tidak mengeluarkan asap sebaliknya wap yang menyerupai asap. Ianya juga tidak mengeluarkan sebarang bau sehinggakan orang yang duduk berdekatan dengan pengguna rokok elektronik tidak akan perasan orang di sebelahnya sedang menggunakan rokok elektronik.

Rokok elektronik tidak mewujudkan perokok pasif. Abu rokok juga tidak dihasilkan oleh rokok elektronik. Hakikatnya, nama rokok elektronik boleh dianggap tidak tepat kerana tidak ada persamaan antara rokok tembakau dengan rokok elektronik.

Sesetengah pengguna rokok elektronik tidak suka kepada istilah merokok kerana sebenarnya mereka tidak merokok. Istilah 'vaping' lebih disukai dikalangan pengguna rokok elektronik.

Di sesetengah negara, rokok elektronik dijual di farmasi-farmasi sebagai alat bantuan berhenti merokok. Persatuan Pakar Kesihatan Awam Amerika menyokong penjualan rokok elektronik kerana ia mungkin dapat menyelamatkan 4 juta nyawa perokok di AS.

Health New Zealand Ltd turut menerbitkan laporan tentang bagaimana rokok elektronik jauh lebih selamat berbanding dengan rokok tembakau konvensional.

Apa yang lebih menakjubkan sebenarnya, hanya Malaysia dan Lebanon sahaja yang melarang penggunaan rokok elektronik di dunia. Mengambilkira bahaya rokok tembakau yang mengeluarkan asap, sebahagian besar pengguna rokok elektronik mempersoalkan sama ada larangan ini semata-mata untuk meredakan kebimbangan pelobi tembakau di kedua-dua negara ini, memandangkan fakta yang diketahui umum bahawa industri tembakau merupakan penyumbang besar dalam pendapatan negara.

Di sesetengah negara seperti Australia, rokok elektronik tidak dilarang, namun cecair rokok elektronik yang mengandungi nikotin adalah dilarang.

Ramai pengguna rokok elektronik di Australia memperolehi cecair mengandungi nikotin mereka dari New Zealand, namun ramai juga yang berpuas hati dengan cecair yang tidak mengandungi nikotin.

Perlu ada pemeriksaan balas, kajian oleh saintis bebas serta kajian perbandingan antara rokok elektronik dan rokok tembakau.

Kajian mendalam perlu dilakukan terhadap rokok elektronik kerana menguatkuasakan larangan penggunaannya atas alasan mengandungi nikotin merupakan sesuatu yang kelakar kerana rokok tembakau mengandungi kadar racun yang lebih banyak dan bahaya.

Jika rokok elektronik dilarang, rokok tembakau juga sepatutnya dilarang kerana ia jauh lebih berbahaya dibandingkan dengan rokok elektronik.

Hakikat lebih ramai orang beralih kepada rokok elektronik seharusnya dipuji. Orang-orang ini sebenarnya membantu mengurangkan risiko mereka menghidap penyakit akibat merokok juga kepada orang lain yang tidak merokok.

Pengguna rokok elektronik juga mesra kebersihan kerana tidak memerlukan bekas abu rokok serta tiada puntungan rokok yang perlu dibuang.

Rakyat semakin menyedari kepentingan penjagaan kesihatan dan Kerajaan patut menyokongnya. Justeru, mengapa tidak digalakkan sekiranya Kerajaan betul-betul serius membasmi rokok.

Pilihan untuk berhenti merokok akhirnya tiba, namun kenapa diletakkan larangan dan membiarkan rakyat kembali merokok?

Friday, March 29, 2013

Tips dan panduan membeli liquid Rokok Elektronik

Tips dan panduan membeli liquid Rokok Elektronik


Definasi

Definisi "rokok" Rokok, seperti yang didefinisikan dalam Akta Makanan Malaysia 1983 Jil.48, No.20, bertarikh 23hb September 2004 adalah "apa-apa hasil yang mengandungi keseluruhannya atau sebahagiannya tembakau yang dipotong, dicarik atau dikilang, atau apa-apa terbitan atau pengganti tembakau yang digulung di dalam pembalut kertas tunggal atau lebih dan yang boleh digunakan dengan serta merta untuk merokok.

Definisi "Rokok Elektronik" Rokok elektronik adalah satu alat elektronik yang mensimulasi atau menyerupai cara merokok tanpa perlu perokok menyedut asap rokok yang berbahaya. Setiap kali rokok elektronik disedut, cip komputer elektronik yang dikuasakan oleh bateri akan menghidupkan atomizer yang kemudian akan memanaskan cecair yang akan menghasilkan wap.

Rokok elektronik moden telah dicipta oleh seorang ahli farmasi warganegara China bernama Hon Lik pada tahun 2003 dan sehingga kini, pelbagai penambahbaikan melalui "Research and Development" dilakukan bagi memastikan tahap keselamatan pengguna terjamin. Rokok elektronik yang terdapat dipasaran ketika ini adalah 100% selamat digunakan dan telah mendapat sambutan yang meluas diseluruh dunia oleh perokok yang mahu bebas dari asap rokok merbahaya yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit kronik.

Walaupun terdapat pelbagai tentangan lebih-lebih lagi dari pengilang rokok dan juga mereka-mereka yang mempunyai kepentingan dalam industri rokok berasaskan tembakau, namun populariti rokok elektronik terus berkembang dengan pesat kerana ia benar-benar dapat membuatkan perokok berhenti merokok dengan begitu berkesan dan efektif.

Tips membeli set E-Cigarette atau Rokok Elektronik

 
Antara rokok rokok elektronik yang ada dipasaran sekarang 

Kepada anda yang baru berjinak-jinak dengan rokok elektronik, belilah rokok elektronik yang membolehkan anda membuat pengisian semula atau refill cecair e-liquid terus ke dalam katrij. Rokok elektronik generasi pertama yang ada dijual di pasaraya besar tempatan sekarang ini mengkehendaki pengguna membeli katrij baru yang harganya agak mahal dan tidak begitu berbaloi. Rokok elektronik kami adalah dari generasi yang terkini dimana pengguna boleh menggunakan katrij yang sama dengan kapasiti yang lebih banyak dan hanya perlu mengisi katrij dengan e-liquid pilihan pengguna yang boleh dibeli dengan harga yang jauh lebih murah.

Kepada pengguna baru, anda boleh memilih untuk membeli set starter dimana anda akan dibekalkan dengan 1 bateri bercip komputer, 1 CE4 clearomizer (katrij), 1 usb and wall charger, 30ml e-liquid dan carrying case. Setiap bateri boleh tahan sehingga 8 jam dan perlu di re-charge minimum 3 jam untuk penggunaan seterusnya.

Kepada pengguna yang kerap pula, anda digalakkan membeli set rokok elektronik advance dimana anda akan dibekalkan dengan 2 bateri bercip komputer, 2 CE4 clearomizer (katrij), 1 usb and wall charger, 1 car charger, 30ml e-liquid dan carrying case. Set advance membolehkan anda ada standby set bilamana anda memerlukannya.

Tips memilih e-jus dengan kandungan nikotin yang sesuai E-Jus atau E-Liquid adalah cecair yang digunakan untuk menghasilkan wap atau vapour yang mensimulasikan asap rokok setiap kali rokok elektronik disedut. Di pasaran tempatan dan antarabangsa sekarang ini, terdapat dua jenis e-jus yang digunakan untuk menghasilkan wap atau vapour iaitu Propylene Glycol yang dihasilkan dari bahan petroleum atau lemak haiwan dan juga Vegetable Glycerin yang dihasilkan dari tumbuhan. Boleh dikatakan 100% bahan untuk menghasilkan e-liquid yang dikeluarkan pengilang tersohor e-liquid dunia iaitu Dekang, Hangsen dan Ruyen adalah dari campuran Propylene Glycol dan Vegetable Glycerin.

Tidak dinafikan e-liquid yang dihasilkan mereka adalah selamat namun terdapat beberapa lapuran mengenai kegunaan Propylene Glycol telah menyebabkan kesan sampingan berupa kegatalan kulit, sesak nafas dan kesan sampingan kecil yang lain. Propylene Glycol yang dihasilkan dari lemak haiwan dari negara China juga adalah tidak diketahui status halalnya dan atas kesedaran itu dan melalui kaji selidik selama beberapa bulan, kami telah berjaya menghasilkan e-jus atau e-liquid yang 100% berasaskan Vegetable Glycerin bergred makanan tempatan serta bahan perasa yang telah mendapat persijilan halal dari JAKIM.

Seperti yang telah diketahui umum, nikotin adalah satu-satunya bahan yang terdapat dalam asap rokok yang membuatkan perokok ketagih untuk merokok dan e-cig atau rokok elektronik dicipta bagi membolehkan perokok mendapat bekalan nikotin dengan cara yang selamat tanpa perlu menyedut asap rokok yang turut mengandungi lebih dari 4000 bahan kimia merbahaya lain yang memudaratkan kesihatan perokok.

Bekalan nikotin juga telah dicipta dalam bentuk gula-gula getah nikotin atau "nicotine gum" dan juga pelekat nikotin atau "nicotine patch" namun ia kebanyakannya gagal membuatkan perokok untuk berhenti merokok kerana tiada simulasi yang telah menjadi habit atau kebiasaan bagi setiap perokok. Setiap 1 ml e-liquid kami adalah bersamaan dengan 8 batang rokok biasa. Jadi bagi setiap 30ml e-liquid kami yang berharga RM25 adalah bersamaan dengan 240 batang rokok biasa yang berharga RM120 (bedasarkan harga rokok semasa RM10 sekotak).

Pada kebiasaannya, perokok normal memerlukan 1 ~ 2ml e-liquid sehari dan 30ml boleh bertahan selama 15 ~ 30 hari dan untuk sebulan anda hanya perlu bekalan sebanyak 30ml ~ 60ml dengan perbelanjaan hanya RM0.83 ~ RM1.66 sehari atau RM25 ~ RM50 sebulan. Ini adalah penjimatan yang hebat selain kesihatan anda akan lebih terjamin.

Kadar nikotin kami adalah menepati saranan kerajaan Malaysia iaitu tidak melebihi 1.5mg nikotin bagi setiap batang rokok. Seperti yang terdapat dalam Akta Makanan Malaysia 1983 Jil.48, No.20, bertarikh 23hb September 2004 yang menyebut "Paras maksimum yang dibenarkan bagi nikotina ialah 1.5mg bagi setiap batang rokok dan paras maksimum yang dibenarkan bagi tar ialah 20mg bagi setiap batang rokok".

Liquid memainkan peranan yang amat penting bagi rokok elektronik

Walaupun kandungan e-liquid kami tidak terdapat tar dan lebih 4000 bahan kimia berbahaya lainnya namun nikotin adalah diperlukan bagi mengelakkan perokok kembali menyedut asap rokok yang sememangnya berbahaya.

U.S Food and Drug Administration atau lebih dikenali sebagai FDA mengesahkan pripylene glycol dan glycerine selamat tapi bukan bahan nikotin di dalam rokok tersebut. Jumlah nicotine yang terkandung dalam rokok elektrik berbeza mengikut pengeluar. Ia boleh mengandungi antara 6 hingga 8 mg dalam setiap 1 ml cecair yang dilabelkan berkepekatan rendah. Ada juga yang mencecah 16 hingga 36 mg/ml kepekatan. Jika 60 mg nikotin diserap dalam darah, ia berpotensi membunuh seorang dewasa yang tidak merokok. Jumlah ini bersamaan dengan 30 hingga 40 batang rokok.

Seorang perokok tegar, badannya telah berlaku adaptasi dengan nikotin. Keracunan nikotin boleh berlaku apabila kepekatan nikotin dalam darah mencapai 120 mg. Terdapat juga pengedar rokok elektrik di Malaysia yang memasukkan alkohol dalam cecair tersebut untuk menambah rasa ‘high‘ dalam rokok elektrik tersebut.

Kadar kiraan nikotin adalah dikira seperti berikut

Setiap 1ml e-liquid mengandungi 12mg nikotin dan setiap 1ml adalah bersamaan dengan 8 batang rokok biasa. Jadi 12 bahagi 8 adalah bersamaan dengan 1.5mg nikotin, sama paras dengan kadar yang dibenarkan oleh kerajaan Malaysia. Walaupun begitu, kajian menunjukkan hanya 70% sahaja nikotin yang diserap oleh perokok dan ini adalah cukup untuk melegakan ketagihan dan bagi mengelakkan perokok kembali merokok menggunakan rokok biasa yang mengandungi tar, karbon monoksida dan lebih 4000 bahan kimia berbahaya lainnya.

Kepada perokok biasa yang merokok sebagai contoh Dunhill biasa kotak merah adalah disarankan mengambil e-liquid yang mengandungi 12mg nikotin (Normal) manakala mereka yang merokok sebagai contoh Dunhill Light kotak biru pula disarankan mengambil e-liquid yang mengandungi 6mg nikotin (Light).

Tips berhenti merokok dengan e-cig 

Kepada anda yang bercadang untuk berhenti merokok, kami faham situasi anda kerana kami adalah perokok tegar dan kami tahu betapa susahnya berhenti merokok. "Will power" hanya ada pada hari puasa, bila masa berbuka pula cepat-cepat cari rokok manakala "nicotine gum" dan "nicotine patch" pula agak tidak berkesan. Dengan penggunaan e-cig atau rokok elektronik, anda boleh mulakan dengan pengambilan 30ml berkadar nikotin 12mg, diikuti pula dengan 30ml berkadar nikotin 6mg dan seterusnya 30ml dengan yang tiada kandungan nikotin. Selepas itu terpulang kepada anda untuk berhenti kerana melalui kaedah ini, ramai yang sudah berjaya berhenti merokok sepenuhnya.